Tuesday 24 July 2012

Bread Pudding WIth Vanilla Sauce

Assalamualaikum...

Diam x diam da masuk hari ke 4 umat Islam Berpuasa. Sekejap je kan. Alhamdulillah, rutin harian selama 4 hari ini masih lagi berjalan seperti biasa. Rasa sangat2 puas hati apabila semuanya di sediakan sendiri dan dapat memenuhi kehendak selera Suami Tersayang. Walaupun Cik As ni tidaklah Pandai sangat bab2 memasak ni, orang kata masih lagi dalam proses belajar. Apabila Salah, buat lagi,lagi& lagi. Jadi tidak bolehlah nak di samakan dengan orang yang sudah bertahun pegang senduk,sudip & kuali ni kan.. Alhamdulillah, Suami Cik As bukanlah seorng yang cerewet. Kalau tidak kena dengan selera,dia akan menegur dengan berhemah sebab dia tahu Cik As baru duduk sebumbung dgn dia. Kami masih dlm Proses Mengenali selera & citarasa masing-masing. Malah Cik As juga sebenarnya bukanlah berasal dr bidang Masak2 memasak ni, bukan bekas pelajar masakan dan sebagainya. Sebelum ini memegang KALKULATOR sahaja. Cuma selepas bekahwin, Minat untuk memasak tu timbul dan bolehlah berjimat kan..??




Amboi.. Panjangnya MUKADIMAH kan.. heheh.. Sebenarnya pagi ni,nak kongsikan RESEPI yang baru je Cik As buat semalam. Mula-mula, adik Ipar Cik As yang tanye," K.ngah tau x buat puding roti"? kalo puding roti marble tau la.. terer la jugak kan.. heheheh.. Sangka Cik As, dia nak yang tu, tapi dia kata "Bukan k.ngah, puding ni roti dia timbul.." owh..puding tu.. Cik As x pernah buat dan x tau pun caranya. Jadi malam tu jugak, Cik As men GOOGLE.. heheheh.. Banyak Kot RESEPI yang keluar.. owh... Macam senang, detik hati..  Dalam banyak2 resepi, hati ni terpaut kat resepi yang ade kat blog HAIROL.. Nak2 plak dia buat step by step.. lagila seronok nak mencuba kan.. Boleh Klik kat sana ye kalo nak tgk resepinya. Alhamdulillah.. jadi pun pudingnye. Berdebar-debar rasenya. Adik Ipar kate SEDAP cume bahagian atas dia keras sket..tapi Jadik.. EN SUAMI pun kate sedap.. ok la kan.. 1st TIME.. hehehhe Jadi Cik Hairol, Cik As mintak Izin ya nak copy paste resepi kat sini ye..




BREAD BUTTER PUDDING with VANILLA SAUCE

Sumber : Blog HAIRUL.COM

Bahan-bahan Puding

800 ML Fresh Milk
220 g Gula Pasir
10 Biji Telur
1 sudu Besar Esen Vanilla

1 Buku Roti
Butter( di Sapu pada roti)
Kismis


Cara-Caranya::

1) Panaskan Oven pada suhu 170 darjah.
2)Sediakan Loyang yang bersesuaian. Cik As gune loyang 9" x 9".Sapu Roti dengan butter (bahagian        depan & blakang roti) dan susun ke dalam Loyang. Setelah penuh 1 lapisan loyang, tabur dengan Kismis. Ulang sehingga 3 lapisan. ( Terpulang pada anda nak buat bape lapisan ya)
3) Dalam bekas lain, satukan Susu, Gula, Telur & esen Vanilla dan putar sehingga gula hancur ( SLOW- HIGH SPEED)
4) Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di letakkan roti dan biarkan dia mesra dulu.. hehhehe
5) Bolehla di bakar pada suhu 150 Darjah celsius selama 50 ke 1 jam. Ikut oven masing2 ya. Oh ya, bakar secara water bath utk mendapatkan puding yang moist.. Serius! memang moist.









Vanilla Sauce

Bahan-bahan

200 ML Fresh Milk
4 sudu besar Gula
1 sudu teh Esen Vanilla
1 sudu besar Tepung kastars
1 susu besar air

Cara-caranya

1) Bancuh tepung Kastar Bersama dgn air dan ketepikan.
2) Dalam periuk Kecil, Masukkan Fresh Milk,Gula dan esen vanilla. Kacau atas api yang kecil. Apabila gula sudah larut, masukkan bancuhan tepung Kastard sedikit demi sedikit. sambil tu terus mengacau ya. Bila Kuah sudah likat, berhenti kacau dan tutp api.








Psst* Nak tgk step By Step bole tgk kat SINI

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment