Friday 31 August 2012

~ Berehat Sebentar~

Assalamualaikum dan Salam Kemerdekaan~

Terlebih dahulu, pada hari jumaat yang mulia ini, saya ingin memohon maaf kepada beberapa customr yang tempahannya sy tidak dapat buat biarpun barang2 telah saya siap beli. Maaf banyak2 ya. Saya tahu  hal ini telah menjejaskan nama baik saya dan juga Produk.

Kecintaan saya terhadap dunia baking ini sgt2 tinggi sehinggakan sanggup berhabis utk membeli kelengkapan yang d perlukan. Kita akan rasa sgt2 happy apabila kita melakukan perkara yang kita sukai. Malah kepenatan juga di tolak ke tepi sbb terasa sgt2 bahagia. Bekerja di dunia baking ini,memerlukan kreativiti, jiwa yang aman dan tenteram dan juga penghayatan yang tinggi. Jika hati sudah di landa badai, bagaimana saya ingin berinteraksi dgn bahan2 sampai adakalanya tersalah memasukkan tepung dan sebagainya..

Maaf dari hati saya.. Saya terpaksa berehat dahulu daripada dunia baking ini. Saya berehat sebentar, mencari sebuah kekuatan untuk meneruskan kahidupan lantaran di duga dengan hebat oleh org yang paling rapat dgn saya. Saya sudah ketiadaan kekuatan lantaran kata2 yang amat menyakitkan. Umpama kehilangan segala2nya.. Semangat saya sudah terbang di bawa angin..

Doakan saya kembali seperti biasa. Saya ingin menyelesaikan beberapa perkara yang membabitkan masa depan dan sebuah hakikat kehidupan.. Semoga saya d beri kekuatan,ketabahan dan keimanan yang tidak goyah..

Amin...

No comments:

Post a Comment