Saturday 28 July 2012

Tempahan Lagik!

Assalamualaikum..
Hai... lambat Bersiaran hari ini. Mood nak berbloging tiada pula. Nak2 di bulan PUASA nih. Kepenatan agaknya sbb belum dapat membiasakan diri dengan keadaan sekarang ni. Jika dulu masa bersahur, sume emak yang buat, Ayah kejut bile time nak sahur kol 5. Kadang-kadang bangun, minum air masak je.. xpun x bangun! hahhaha itu dulu la..

REZEKI RAMADHAN




Sekarang Semua da berubah. Hal ini di sebabkan perubahan tanggung jawab. Dulu bukan x bertanggung jawab tapi manje. hihihi.. Sekarang...Amik kau!! hahhaah.. RAMADHAN yang pertama bergelar Isteri.. Rutin harian mula berubah. Bangun sekita 4 pagi menyiapkan juadah sahur. Suami Cik As bukanlah Insan Yang Cerewet dalam hal makan2 ni.. Sgt2 mudah! ALHAMDULILLAH.. da masuk 8 RAMADHAN ni, belum pernah berbuka di luar dan membeli di BAZAR RAMADHAN. APe yang Suami inginkan utk Juadah Berbuka mahupun bersahur akan Cik As cube buatkan. Jika tidak tahu, google shj lah.






RAMADHAN bukanlah bulan untuk kita berpoya-poya dan melakukan pembaziran. Seharusnya semua keinginan di sekat. Belajar menahan Lapar & Dahaga malah keinginan dan nafsu juga haruslah seiring. ALHAMDULILLAH.. kita masih lagi dapat makan dan minum dengan SEMPURNA. Namun masih ada yang jarang bersyukur dengan nikmat ini. Kadang-kadang, cubalah kita kenangkan nasib orang yang kurang berkemampuan. Hanya mampu berbuka dengan minum air paip sahaja.. makannya hanya memandang orang lain menjamah makanan. Malah ada yang tidak mampu.. Ya ALLAH... ALHAMDULILLAH... Cik As masih lagi cukup makan dan pakai..









RAMADHAN juga adalah bulan yang seharusnya kita memperbanyakkan amal dan ibadah. Selama 11 Bulan kita adakalanya terlupa, terlalai & terleka dgn IBADAH. Makanya, bulan ini seharusnya di rebut dan di penuhi dengan aktivi yang berfaedah sebaik yang mungkin. RAMADHAN adalah bulan yang menghampirkan kita dengan PENCIPTA. Solat TARAWIKH, TADARUS AL- QURAN, MALAM LAILATUL QATAR dan sebagainya, menggamit kita untuk bersatu bersama dengan PENCIPTA...





Syukur... Masih di beri peluang untuk hadir di RAMADHAN kali ini.. Tahun ini di sambut bersama SUAMI... Insya ALLAH... Mungkin tahun hadapan, PANGKAT akan berubah lagi.. DOAku...HARAPANku.. Namun semuanya Telah d tentukan..

Segala Gambar yang Cik As paparkan adalah tempahan pada Minggu ini.. ALHAMDULILLAH.. igtkan xde org nak makan Kek bulan2 PUASA ni.. SYukur, ALLAH gerakkan hati mereka utk menempah. Terima Kasih banyak2.. Insya ALLAH, anda beli dari saya, Saya doakan ALLAH permurahkan & Permudahkan REZEKI anda.. AMIN... :)

Tuesday 24 July 2012

Bread Pudding WIth Vanilla Sauce

Assalamualaikum...

Diam x diam da masuk hari ke 4 umat Islam Berpuasa. Sekejap je kan. Alhamdulillah, rutin harian selama 4 hari ini masih lagi berjalan seperti biasa. Rasa sangat2 puas hati apabila semuanya di sediakan sendiri dan dapat memenuhi kehendak selera Suami Tersayang. Walaupun Cik As ni tidaklah Pandai sangat bab2 memasak ni, orang kata masih lagi dalam proses belajar. Apabila Salah, buat lagi,lagi& lagi. Jadi tidak bolehlah nak di samakan dengan orang yang sudah bertahun pegang senduk,sudip & kuali ni kan.. Alhamdulillah, Suami Cik As bukanlah seorng yang cerewet. Kalau tidak kena dengan selera,dia akan menegur dengan berhemah sebab dia tahu Cik As baru duduk sebumbung dgn dia. Kami masih dlm Proses Mengenali selera & citarasa masing-masing. Malah Cik As juga sebenarnya bukanlah berasal dr bidang Masak2 memasak ni, bukan bekas pelajar masakan dan sebagainya. Sebelum ini memegang KALKULATOR sahaja. Cuma selepas bekahwin, Minat untuk memasak tu timbul dan bolehlah berjimat kan..??




Amboi.. Panjangnya MUKADIMAH kan.. heheh.. Sebenarnya pagi ni,nak kongsikan RESEPI yang baru je Cik As buat semalam. Mula-mula, adik Ipar Cik As yang tanye," K.ngah tau x buat puding roti"? kalo puding roti marble tau la.. terer la jugak kan.. heheheh.. Sangka Cik As, dia nak yang tu, tapi dia kata "Bukan k.ngah, puding ni roti dia timbul.." owh..puding tu.. Cik As x pernah buat dan x tau pun caranya. Jadi malam tu jugak, Cik As men GOOGLE.. heheheh.. Banyak Kot RESEPI yang keluar.. owh... Macam senang, detik hati..  Dalam banyak2 resepi, hati ni terpaut kat resepi yang ade kat blog HAIROL.. Nak2 plak dia buat step by step.. lagila seronok nak mencuba kan.. Boleh Klik kat sana ye kalo nak tgk resepinya. Alhamdulillah.. jadi pun pudingnye. Berdebar-debar rasenya. Adik Ipar kate SEDAP cume bahagian atas dia keras sket..tapi Jadik.. EN SUAMI pun kate sedap.. ok la kan.. 1st TIME.. hehehhe Jadi Cik Hairol, Cik As mintak Izin ya nak copy paste resepi kat sini ye..




BREAD BUTTER PUDDING with VANILLA SAUCE

Sumber : Blog HAIRUL.COM

Bahan-bahan Puding

800 ML Fresh Milk
220 g Gula Pasir
10 Biji Telur
1 sudu Besar Esen Vanilla

1 Buku Roti
Butter( di Sapu pada roti)
Kismis


Cara-Caranya::

1) Panaskan Oven pada suhu 170 darjah.
2)Sediakan Loyang yang bersesuaian. Cik As gune loyang 9" x 9".Sapu Roti dengan butter (bahagian        depan & blakang roti) dan susun ke dalam Loyang. Setelah penuh 1 lapisan loyang, tabur dengan Kismis. Ulang sehingga 3 lapisan. ( Terpulang pada anda nak buat bape lapisan ya)
3) Dalam bekas lain, satukan Susu, Gula, Telur & esen Vanilla dan putar sehingga gula hancur ( SLOW- HIGH SPEED)
4) Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di letakkan roti dan biarkan dia mesra dulu.. hehhehe
5) Bolehla di bakar pada suhu 150 Darjah celsius selama 50 ke 1 jam. Ikut oven masing2 ya. Oh ya, bakar secara water bath utk mendapatkan puding yang moist.. Serius! memang moist.









Vanilla Sauce

Bahan-bahan

200 ML Fresh Milk
4 sudu besar Gula
1 sudu teh Esen Vanilla
1 sudu besar Tepung kastars
1 susu besar air

Cara-caranya

1) Bancuh tepung Kastar Bersama dgn air dan ketepikan.
2) Dalam periuk Kecil, Masukkan Fresh Milk,Gula dan esen vanilla. Kacau atas api yang kecil. Apabila gula sudah larut, masukkan bancuhan tepung Kastard sedikit demi sedikit. sambil tu terus mengacau ya. Bila Kuah sudah likat, berhenti kacau dan tutp api.








Psst* Nak tgk step By Step bole tgk kat SINI

SELAMAT MENCUBA!!!

Friday 20 July 2012

Salam Ramadhan::: FLAN FRUIT CAKE

Assalamualaikum...

Lambat lagi bersiaran hari ini.. Ari ni baaaaanyk sgt kerja.. Tempahan Last Minit, tapi ALHAMDULILLAH.. Berjaya juga menyiapkan.. Kaki Pun da sengal2..Blakang pun da sakit..

Syukur Alhamdulillah... Sabtu ni da mula kite berpuasa.. Bulan yang sgt2 di nanti2kan oleh umat manusia di seluruh dunia. Bulan yang Membawa 1001 penceritaan dan permulaan serta pengabdian. Bulan yang menuntut kita beribadah sebanyak yang mungkin kerana tiada yang menjadi penghalangnya.. Alhamdulillah, ALLAH masih lagi memberi peluang kepada kita utk mengharungi BULAN RAMADHAN ini.. ayuh ya kawan2, kita mengimarahkan bulan ini.. Tahun ini sedikit berbeza bg Cik As. Hal ini kerana tahun ini menyambut RAMADHAN bersama suami.. :) Pasti bermula satu lagi perubahan dalam fasa kehidupan Cik As. Tahun sebelumnya, bersama-sama rakan serumah tapi kini bersama suami tersayang.. INSYA ALLAH... mudah2han semuanya Akan berjalan Lancar..








Berbalik pada entry yang Cik As nak masukkan hari ini, hurm minggu lepas, rakan FB Cik As, Ina, dok PM d FB. Dia nak menempah kek dan juga PAVLOVA.. ALHAMDULILLAH.. Cuma kali ni, dia nak tempah FLAN FRUIT CAKE.. haaaa? kek apo plak ni ha.. x penah plak tahu dan xtau kewujudannya..

Maka, bermulaah episod GOOGLE.. heee.. banyak juga Resepi yang Cik As Jumpa.. Tapi ade yang rumit.. Ada yang Senang.. Heheheh sudah semestinya la Cik As cari yang Senang.. heeee... Rupa2nya, FLAN FRUIT CAKE ni adalah Kek Span yang di lapisi Fresh Cream dan juga Buahan2... hurmm agak mudah juga.. Maka Ptg td, Cik As pun membuatnye.. Terima Kasih Cik As ucapkan pada blog CITARASAWAN.. Resepi yang sgt mudah.. hehhehe










Insya ALLAH, nnt Cik As Bagi Resepi ya.. tiba2 mate ni berat plak ha... heheheh

APe2 pun, Selamat Meyambut Ramadhan...


Psst... Besday Cik As mengikut kalendar Islam jatuh pada 1 RAMADHAN.. :)

Thursday 19 July 2012

~APAM STRAWBERY + DOT2

Assalamualaikum & selamat mlm.
eyh! da pagi la rupenye.. hihihi..x tido lagi Cik As ya..
Sebenarnye br je sudah siapkan tempahan APAM dr MDM AGEN.. hihihi..Di minta rahsiakn namanya kerana hal2 yang sulit...




Act da siap kol 12 lagi td.. ni tgh menunggu en somi balik men FUTSAL.. Sejak da kawen ni, selagi x tgk wajah kesayangan hamba tu, x bole la tido.. kekekkeke..










ALHAMDULILLAH... 300 biji APAM da dpt di siapkan.. Act,PLAN awl nak buat selepas subuh pagi td.. Pastu terlupe plak nak masukkan telor dlm pt ais.. di tambah plak dgn hujan pagi td..uwaaaaa... Bestnya + syoknye menarik selimut.. hahhaha..Last2 tu HAMPEH..










Naseb la ade ADIK IPAR yang setia menolong.. tu yang suke2 anjak buat..hehheheh...nak harap Cik As sorang,x siap lagi nih.. nak DRAW punyela lame..kalo dot2 je,pejam mate siap..ngeeee... Ni pun da ngidap sakit belakang plak.. Xpe, bukan Senang Nak Berjaya kan... heheheh

Klik SINI utk resepi & tips ya...















Tuesday 17 July 2012

~PRODUK TERBARU:: LAPIS CHEEZY

Assalamualaikum...

Kali ni,perkenalkan Dessert yang terbaru dr My Lovely Mom's Bake, LAPIS CHEZY.
Dessert ala2 kek + ais krin dgn adunan istimewa cheese dan d gabungkan dengan Biskut Merrie.
Memang Mantop bile di makan time sejuk.. heee

Boeh d dapati dalam pelbagai falvour ya, antaranya ::

1) Original
2)Blueberry
3)Strawbery
4) Lemon
5)Coklat








Saiz: Besar bekas dadih (saiz rendah ya)

Harga: RM 3.50/Bekas

Tiada Minimum Order..

~Happy Anniversary::SUPRISE!!!

Assalamualaikum sume...

Baru sj blk dr hantar kek SUPRISE.. heheheh.. ALHAMDULILLAH.. Cik As memang suke suprise kan org ni.. rase EXCITED tgk org tu terperanjat.. heheheh

Tempahan hari ini datangnye dari kawan FB. Kak Ros,yang bekerja di MAYBANK jln IPOH. Cam ne bole kenal eyh.. heeee sbb kawan FB Cik As, Lyna Yusof ni satu tempat kerja dgn Kak Ros.. Lyna ni la yg beli product yang di keluarkan oleh Cik As. Dari APAM sehinggalah Kek.. TQ ya LYNA,jasamu ku kenang.. Bukan nak ckp ape, bile dpt tempahan dari Lyna & the gang ni,ALHAMDULILLAH..bolehla bernafas.. Bukan ape,Name Cik As x di kenali lagi.. Sangat2 susah nak cari customer. Bila da ade insan yang mcm LYNA ni, Cik As Bersyukur sgt2.. Harga yang Cik As bg, itulah yang dia berikan pada kawan2.. X terbalas jasanya..

Hee.. Berbalik kepada kek suprise ni, kak Ros minta Cik As hantar ke Opis HUBBY dia. Naseb tahu tempat dia.. Hee.. Sonok kot tgk muke HUBBY dia tadi.. dgn kawan sekerja HUBBY dia dok ngaku dialah empunya kek.. hahhaha.. Kak Ros tempah RV cake.. Tulis HAPPY ANNYVERSARY..







Semalam br Cik As buat.. tu pun bercinta sgt2.. nak buat design lain, terbuat design lain.. sgt2 frust sebenarnya. Humr emosi pun kurang STABIL, maka effect la dgn kehidupan.. Hurm... susah mcm ni.. xpe..INSYA ALLAH.. ni antara dugaan Hidup...


So, meh tgk Kek ni.. heee harap berpuas hati la yeh...Tq kak Ros.. nnt kalo nak buat SUPRISE lg, contact saya na... Terlebih Terkurang, minta halal...:)