Tuesday 30 October 2012

Italian Rainbow Cake~ Selamat Hari Raya AidilAdha

Assalamualaikum...

Tempahan ini datangnya dari Siti Aisyah yang menetap di Lembah Pantai.

1st Time Dia menempah. Dia menempah Italian Rainbow Cake 1.5 KG.

Dengar Cerita kek ini nak di bawa pulang ke Kampung Halaman untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha.

TQ Siti Aisyah sebab menempah.



~Hantaran Cake:: Selamat Pengantin Baru Mak teh!!

Assalamualaikum...

Tempahan dari Kakak Ipar utk majlis perkahwinan Mak tih. Kek Hantaran bertemakan Putih Biru.
Berat kek ini adalah Hampir 4 KG.. Wahhhhh.... Berat jugak yeh..

Banyak ceritera semasa membuat kek ini. Alhamdulillah, apa yang terjadi adalah pengajaran untuk masa hadapan.

Yang Penting sume berpuas hati.

So kalo ada yang nak tempah, Bole SMS ke 012-2138598 okeh!!!

Mari layan gambar2 nih..











Monday 29 October 2012

~ Muffin: Keramat~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. musin perkahwinan sudh hampir tiba. Makanya, Lovely Mom's bake telah megeluarkan Produk yang boleh di berikan kepada para tetamu untuk Majlis perkahwinan atau apa-apa shj. Segala butiran adalah seperti di bawah ya kawan-kawan.

~  Saiz Cup : Medium Cup ( Cup Keras - gambar A) & ( Cup Lembut - Gambar F)
~Filing  : Bluebery/Strawbery/Kiwi/Manggo/Oreo( Boleh Mix)
~Harga ::::

  1) Cup Keras - Gambar A - 1 Pieces/ RM 1.20 (Min Order 25 Pieces & gandaan 25)
  2) Cup Lembut ~ Gambar F - 1 Pieces/ RM 0.60 ( Min  Order 50 Pieces & Gandaan 50)

~ Pakej Tempahan
   A) Cup Keras 1 Box ~ 25 Pieces ----> RM 30

   B) Cup Lembut 1 Box ~ 50 Pieces ----> RM 30

   C) Cup Keras dengan Penutup/Bekas Dadih/Plastik:
        1 Pieces------> RM 1.50 ( Min Order 100 Pieces)
         * Tempahan  < 400  ~ RM 1.50/pieces
             Tempahan > 400 ~ RM 1.20/Pieces

   D)  Cup Lembut dengan Penutup/Bekas Dadih/Plastik :
          1 Pieces------> RM 0.70 ( Min Order 100 Pieces)
             * Tempahan < 600 Pieces ~ RM 0.70/pieces
                Tempahan  > 600 Pieces ~ RM 0.60/Pieces



~ A~





~F : gambar ehsan dari my Cikgu~
Untuk Tempahan, SMS/Call : Cik As ( 012-2138598/03-26303872

Sunday 28 October 2012

~Kelas Lapis Cheezy : Keramat~

Assalamualaikum...

Kelas Lapis Cheezy

Date : 11/11/2012
Time : 10.30 a.m
Fee : RM 70
Tempat : Once Confirm sy SMS kan Address






Details:

~ Kelas adalah Hands On bermaksud anda akan buat dari A-Z dan kesemua hasilnya akan di bawa pulang oleh anda. Tak perlu share yeh.
~ Anda tidak perlu bawa apa-apa melainkan Pen & Towel/Tissue
~ Kelas adalah selama 1 Jam 30 Minit.
~ Jika Berminat, Sila SMS ke 012-2138598. Saya akan REPLY secepat yang mungkin.
~ Terhad kepada 3 orang shj. Jika ramai yang berminat, saya akan buat 2 Sesi.

TQ :)

Friday 26 October 2012

~Happy Besday Tieha~

Assalamualaikum...

Salam Adiladha buat semua.. Hari ini Cik As bersendirian di rumah kerana menyiapkan tempahan. Alhamdulillah.. da selesai sumenye, tinggal nak potong buah-buahan utk Mini Pavlova. Sementara menunggu Suami Cik As pulang dari rumah Ibu Bapanya, Cik As pun menghapdate la pae yang patut.. Banyak sangat la yang tidak di masukkan lagi. BZ BZ BZ BZ.. Alhamdulillah...,tanda diri dan produk telah di terima dan di kenali. Harus berusaha dengan lebih gigih lagi jika mahu mencapai apa yang di hajati.

Pengorbanan yang di lakukan saaaaaaaangatla banyak. Ini antara yang di lakukan. tidak dapat pulang beraya. Orang lain makan rendang,lemang & ketupat, Cik As minum MILO jo.. Hehheheheh.. Xkisahlah.. Yang penting kita tidak susahkan orang. Berdiri di atas kaki sendiri walaupun kadang-kadang terpaksa menyusahkan En Suami.. yelah.. da name pun SUAMI.... kan...?? hahhahah

Baiklah... Minggu lepas Anak Saudara Cik As ade menempah kek. Tibe2 Call ckp nak tempah Kek. Nasib la Jadual tidak penuh sangat. Dia menempah Flan Fruit Cake. Asalnye 1.5 Kg tapi Cik As buat 2 Kg. Heheheh Deco, ikut suke Ashu la yeh.. Wane PINK jadi tema. Jangan marah eyh Tieha.. eyh!! Bukan tieha suke kaler Pink Kan..? hahhaha

Ape-ape pun, Happy Bithday Tieha Sayang.. Sudah 17 tahun pun. Nak SPM da ni. Ashu doakan Tieha d panjangkan umur, di murahkan rezeki dan di permudahkan segala urusan. Ashu harap Tieha rileks je menjelang SPM nnt.. Usaha + Berdoa + tawakal.. Banyakkan solat sunat utk di permudahkan segalanya dan INSYA ALLAH hati akan jadi tenang..
:)












Monday 22 October 2012

RV In Jar

Assalamualaikum.....

Selamat Malam semua. Hari ini lambat sikit Cik As bersiaran. Sampai ke rumah pun agak lewat. Aduhaiii.. hari ini sepatutnya perancangannya lain. Tapi perancangan dari ALLAH lebih mendahului. Pasti ada hikmah yang tersembunyi kan..?

Cik As baru shj siap membakar kek RV, Italian Rainbow Cake dan juga IR in Jar. Tempahan esok dan hari-hari yang mendatang. Belum dapat berehat lagi. Tapi tidak mengapa sebabnye Cik As suka. Apabila kita suka dengan apa yang kita lakukan, penat macam mane pun akan kita harungi. Sangat-sangat seronok apabila melakukannya dan terasa nikmat bila kita IKHLAS dan HASILnya kita nampak dari sumber yang HALAL. Ini adalah kerana kita menggunakan 100% kudrat melakukannya. Tidak main-main dan membuat dengan sambil lewa. Inilah yang sukar Cik As sampaikan kepada yang tersayang.

Memang di akui, keuntungannya tidak seperti yang di jangkakan. Hal ini adalah kerana Cik As masih baru di dunia Baking ini. Tiada yang kenal malah brand Lovely Mom's Bake masih terlalu awal untuk di kenali. Pengorbanan harus di lakukan untuk mengukuhkan nama dan produk. Mencari pelanggan yang setia dan boleh menerima produk yang di keluarkan. Hal ini disebabkan masing-masing sudah mempunyai pilihan Bakers tersendiri. Jadi untuk bersaing, banyak tenaga dan pengorbanan yang di lakukan. Untuk mengukuhkan nama, bukan mengambil masa yang singkat. Sangat-sangat payah untuk meyakinkan para pelanggan.

Makanya, apa yang Cik As perlukan adalah kata-kata semangat dan doa dari orang yang terdekat. Dapat memahami keadaan Cik As yang cuba untuk mengubah taraf hidup. Bukan Senang untuk senang dan sangat senang untuk jadi susah. Biarkan Cik As membawa nama Lovely Mom's Bake dengan cara yang tersendiri kerana setiap jatuh dan bangun dalam sesebuah perniagaan akan mematangkan seseorang. Setiap dari kita ALLAH telah berikan keistimewaan yang tersendiri makanya doakan sahaja yang terbaik untuk Cik As. Berikan Cik As lagi HALF YEAR untuk membawa nama Lovely Mom's Bake, Insya ALLAH tidak lama lagi kepercayaan dari para pelanggan akan bertambah. Insya ALLAH segala matlamat akan Cik As gapai.

Apa yang penting, jangan terburu-buru. Risiko dalam perniagaan sentiasa menjengah. Jika bertindak terburu-buru, buruk padahnya. Masih banyak yang perlu Cik As pelajari dan perbetulkan untuk menghasilkan produk yang terbaik. Kekurangan modal adalah penghalang yang terbesar. Cik As mahu berusaha sendiri untuk membeli kelengkapan. Jutaan terima kasih kepad Emak Cik As yang selama ini terlalu banyak membantu. Insya ALLAH mak, sikit masa lagi, Adik akan mengembalikan apa yang selama ini adik telah lupakan. Terima kasih kerana sudi mendengar keluh kesah dalam perniagaan, memberi bahu untuk bersandar dan sentiasa memberi kata-kata positif buat adik. Di saat orang lain memberi kata-kata yang negatif, emak setia memberi kata-kata perangsang. Menceritakan pahit manis pengalaman beliau tatkala berniaga kuih secara kecil-kecilan. Semangat itulah yang membuatkan Cik As bangkit tatkala rebah. :)

Panjang pula mukadimahnya.Sebenarnya, mahu memasukkan entri RV in jar. hehehe. Baiklah, bermula Khamis Lepas, Cik As telah bertungkus lumus menyiapkan tempahan daripada seorang kakak. Cik As kenal kak Yati semasa zaman kerja dulu. Alhamdulillah, jalinan ukhwah ini terus berkekelan menerusi FB. Kak Yati telah mengadakan Majlis Kesyukuran sempena masuk rumah baru. Sebagai Cenderahati untuk di berikan kepada tetamu, dia telah menempah RV in Jar sebanyak 150 biji. Alhamdulillah... Baru je sekejap tadi dia  PM di FB. Ramai yang berpuas hati dengan RV ini. Hilang rasa penat. heheheh..

Kepada sesiapa yang nak menempah, bolehla PM di FB @ msj ke 012-2138598. Insya ALLAH, Cik As akan balas. Mari kite tengok gambar RV in Jar.

TQ Kak Yati!
















Sunday 21 October 2012

Dolly Cakes ~ 2nd

Assalamualaikum...

Rumah Cik As tgh heboh sgt2 ni. Almaklumlah, malam ni kan Final Bola sepak antara Kelantan dan ATM. Kat rumah ni, tentu2lah En Suami penyokong tegar Kelantan.. I/C pun 03 kan, jadi faham2 la kan. Semangatnye saaaaaangatlah kuat. TAHNIAH Kelantan sebab menang. Esok boleh lah Cik As cuti memasak.. Hehehehhe.. Usah beranganla Cik As oiii... En Suami kate  Esok kene masak XTRA.. Humag aii.. Ingat I ni Chef ke U? I ni bukannye reti masak. Kang Ke laut pulak. heheheh....

Aduh. Penat sket 2-3 ari ni. Mood Bz da mule menerjah. Ni pun Baru je selesai berperang kat dapur yang BESAR tu.. heheheh.. Maka, xde lah heran sgt pasal bola ni. Cik As bukannya Minat sangat Bola. Cume da tersangkut kat Mat BOLA ni, jeling2 jugak la kan.. Tapi mlm ni meluap2 nak menghapdate BLOG kesayangan ni.. HeHeHe...

Ini adalah entry yang tertunggak. Patutnye di hapload minggu lepas, cume semangat tu xde. Hehehe.. Last Week, Cik As meneruskan lagi Cabaran Mendeco Dolly Cake. Dengan menggunakan imaginasi dan keras tangan yang ada,maka jadilah.. Alhamdulillah.. ada improvement.. Senyum Je Cik As. Yelah, tanagn ni da la KERAS... X g KELAS plak.. Main Belasah jer.. Kalo PAKAR yang tengok, macam-macam la yang di KOMEN nya.. Mahu menangis air mata darah.. Yang x PAKAR pun ade yang menghentam.. hahhahah..Biasalah..., adat kan.. itu sume utk menjadikan diri lebih maju..

Kek ini Cik As buat sempena Belated Besday Anak Angge. Saje nak bg SUPRISED.. heheheh.. Angge pun tak tahu cume Cik As tanye ade kat umah ke x & nak bagi barang. Dia ingat Cik As nak menghantar pasu bunga yang di tinggalkan kat kampung.Bile sampai je kat LANGAT tu, bukan PASU tapi KOTAK KEK.. heheheh.. Hati da berdetik, kalo bagi kat si Kakak, Si Adik mesti kecil Hati.Tapi... Bagi jelah.. Nanti Besday Adik Ashu buat ye..

APe2 pun, Selamat Hari Lahir Kakak. Ashu Doakan Kakak di murahkan rezeki, Di panjangkan Umur, Di beri Kesihatan yang sebaiknya, Menjadi Anak yang Solehah dan maju dalam ape jua yang di lakukan.. Heeee. Jom Layan Gambor2..